Posts

Hari Raya AidilAdha di Homestay D'Teratak Warisan Ayahanda

Image
  Sambutan Hari Raya Korban 2022 di D'Teratak Warisan Ayahanda  Apabila bercakap tentang perayaan, ia cukup rapat dikaitkan dengan suasana kemeriahan sambutan di kampung halaman bersama sanak saudara. Bermula dengan perjalanan menempuh kesesakan lalu lintas di lebuh raya, memasuki kawasan kampung, menikmati pemandangan pohon-pohon renek sehinggalah singgah digerai-gerai tepi jalan untuk membeli buah-buahan kampung dan jualan penduduk setempat.  Adakala kemeriahan ini semakin tidak dapat dirasai  sesetengah warga kota jika mereka sudah tiada lagi kampung halaman.  Kembalikan kemeriahan berhari raya bersuasana kampung ini dengan menginap di Homestay pilihan mesra bajet anda di  D'Teratak Warisan Ayahanda. Dengan kemudahan yang lengkap yang disediakan, anda akan terasa seperti menginap di kampung halaman sendiri. Antara kemudahan yang disediakan :- 4 bilik tidur dengan 3 bilik air 2 katil Queen dan 2 katil Single Ruang berpenghawa dingin Bilik berkipas Set Kar...

Sambutan Hari Raya di Inap Desa dengan Suasana Menggamit Memori

Image
  Sambutan Hari Raya di Inap Desa dengan Suasana Menggamit Memori Suasana hari raya yang meriah ditambah dengan keriuhan saudara mara yang berkumpul adalah suatu pengalaman terindah lebaran setiap tahun. Adakala pengalaman ini tidak dapat direalisasikan akibat kekangan ruang rumah yang terhad. Alternatif beraya di Inap Desa mampu menggamit suasana beraya di kampung halaman sendiri. Ruang laman yang lebih luas, saiz rumah yang lebih besar mampu memuatkan saudara mara yang lebih ramai untuk berkumpul bersama-sama. Pengalaman menginap dan beraya di D'Teratak Warisan Ayahanda ini akan menjanjikan suasana beraya beramai-ramai yang meriah disamping melakukan aktiviti memancing ikan, BBQ dimalam hari dan juga karaoke bersama keluarga. Kemeriahan bermain bunga api di halaman rumah di malam Aidilfitri pasti menambahkan kegembiraan anak-anak menyambut hari lebaran. Bagi yang ingin merasakan suasana beraya yang damai dan jauh dari hiruk pikuk bandar Homestay D' Teratak Warisan Ayahan adal...

Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 2)

Image
    Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 2) Trip ke Bagan Datuk |  Bersambung daripada  Tempat Menarik di Bagan Datuk (Part 1)   Jom kita tengok ada apa lagi tempat menarik di Bagan Datuk ni. 1. BETING BERAS BASAH Bagi pengunjung yang meminati sejarah kesultannan Melayu, Beting Beras Basah ini harus dikunjungi. Keistimewaan lokasi ini adalah ia merupakan tempat istiadat pertabalan Raja Perak. Sultan Perak akan memulakan perjalan istiadat daripada Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah  sebagai simbolik adat tempat pertama Sultan Muzaffar Shah I yang juga Sultan Perak pertama menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak. Sumber : (http://sultan.perak.gov.my/index.php/informasi-kesultanan/sejarah/beting-beras-basah) 2. RUMAH PERAK LAMA Rumah ini telah mencapai usia lebih 100 tahun tetapi masih tersergam indah. Binaan bercirikan bumbung 5 ini pasti mampu membuatkan anda mengkagumi seni bina lama. Terdapat juga pameran senjata warisan Melayu  seper...

Pembuka Tirai 2022- Tetamu Pertama

Image
  Pembuka Tirai 2022- Tetamu Pertama Pembuka Tirai 2022 | Alhamdulillah syukur. Terima kasih diucapkan buat Puan Salina dan keluarga atas kesudian beliau menjadi tetamu pertama yang mengunjungi D'Teratak Warisan Ayahanda. Keluarga Puan Salina terdiri daripada 18 orang telah menghabiskan hujung minggu mereka dengan berkunjung ke Bagan Datuk Sabtu lalu. Aktiviti Keluarga - Memancing di Parit Seperti yang kami war-warkan di Rumah Inap D'Teratak Warisan Ayahanda anda boleh menjalankan aktiviti memancing sekitar rumah.   Puan Salina dan keluarga bersantai sambil memancing Aktiviti yang ringkas tetapi cukup berkualiti bila  dilakukan  bersama keluarga  Hasil tangkapan - Ikan Talapia, Haruan dan Puyu. Selesai memancing boleh lah  masak  bersama-sama di dapur. Kelengkapan memasak yang disediakan cukup membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri. Kami juga menyediakan ruang untuk BBQ bersama keluarga. Maklum Balas Tetamu Alhamdulillah keluarga i...

Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 1)

Image
  Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 1) Trip ke Bagan Datuk |  Mungkin percutian ke Bagan Datuk ini tidaklah seindah percutian ke Pulau Pinang atau Pulau Langkawi. Walaubagaimanapun tempat ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.  Jom saya cadangkan beberapa tempat yang boleh anda kunjungi semasa anda berada di daerah barat daya Negeri Perak ini. -  1. JETI BAGAN DATUK Bagi pengunjung yang sukakan suasana romantik melihat matahari terbenam, di sinilah lokasi yang perlu anda kunjungi di waktu senja.  Di samping itu, terdapat pelbagai tarikan istimewa untuk ibu-bapa yang membawa anak-anak ke tempat ini pada malam minggu seperti permainan memandu kereta dan taman permainan. Di tambah pula dengan kemeriahan suasana penyanyi jalanan. Jika perut terasa lapar di sini terdapat pelbagai jenis jualan makanan dan minuman.  Sumber : (https://www.blogaku.info/tag/bagan-datuk/) 2. 'SKY MIRROR'  BAGAN DATUK  Bukan Kuala Selangor sahaja mempunyai 'Sky Mirror' ...

BAGAN DATUK @ BAGAN DATOH?

Image
BAGAN DATUK @ BAGAN DATOH? TAHUKAH ANDA ? |  Tahukah anda Bagan Datuk yang sebelum ini dikenali dengan nama Bagan Datoh adalah daerah paling barat daya di Negeri Perak? Daerah ini bersempadan dengan Sungai Perak yang memisahkan Manjung dan Perak Tengah di utara, Sungai Bernam yang memisahkan Sabak Bernam di negeri Selangor di selatan, Muallim dan Hilir Perak di timur laut. Bagan Datuk mula diteroka sekitar tahun 1880an dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, lokasi tersebut dikenali dengan nama  Sungai Keling  dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru oleh  Tok Kelah. Ia kemudian ditukar kepada  Bagan Datoh  yang merujuk kepada penempatan orang Melayu yang dibina atas air di tebing Sungai Perak digelar sebagai bagan serta asal nama Tok Kelah atas kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu memanggil 'Tok" kepada 'Toh'. Menurut sejarah, nama Bagan Datoh pada asalnya sebelum ditukarkan ke Bagan Datuk adalah merupakan ga...

D'TERATAK WARISAN AYAHANDA - Salam Perkenalan dari Bagan Datuk

Image
  Homestay Bagan Datuk Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat. Salam perkenalan. Adakah anda mencari Homestay di sekitar Bagan Datuk ? Adakah anda mencari Homestay yang selesa dan berpatutan ? D'TERATAK WARISAN AYAHANDA adalah HOMESTAY yang anda cari. LOKASI berdekatan dengan :- -  JETI BAGAN SUNGAI BURUNG - BAGAN DATUK WATERFRONT -BETING BERAS BASAH -RUMAH TRADISIONAL PERAK -SBP BADAN DATOH -MRSM BAGAN DATOH -KOMPLEKS SUKAN -POLITEKNIK KELENGKAPAN RUMAH yang disediakan :- - 2 tingkat  - 4 bilik  - 3 bilik air -2 katil Queen - 2 katil Single - Penghawa dingin -Kipas - Flat screen TV - Dapur dan alatan untuk memasak KELEBIHAN D'TERATAK  WARISAN AYAHANDA  :- - Mempunyai ruang yang besar dan  boleh memuatkan lebih dari 2 keluarga - Mempunyai  laman yang sangat luas  sesuai untuk aktiviti keluarga besar -Boleh menjalankan aktiviti memancing  di Parit sekeliling rumah -Mempunyai PA system dan set Karaoke  untuk hiburan bersama...