Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 1)
Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 1)
Trip ke Bagan Datuk | Mungkin percutian ke Bagan Datuk ini tidaklah seindah percutian ke Pulau Pinang atau Pulau Langkawi. Walaubagaimanapun tempat ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Jom saya cadangkan beberapa tempat yang boleh anda kunjungi semasa anda berada di daerah barat daya Negeri Perak ini.-
1. JETI BAGAN DATUK
Bagi pengunjung yang sukakan suasana romantik melihat matahari terbenam, di sinilah lokasi yang perlu anda kunjungi di waktu senja. Di samping itu, terdapat pelbagai tarikan istimewa untuk ibu-bapa yang membawa anak-anak ke tempat ini pada malam minggu seperti permainan memandu kereta dan taman permainan. Di tambah pula dengan kemeriahan suasana penyanyi jalanan. Jika perut terasa lapar di sini terdapat pelbagai jenis jualan makanan dan minuman.
2. 'SKY MIRROR' BAGAN DATUK
Bukan Kuala Selangor sahaja mempunyai 'Sky Mirror' Bagan Datuk pun ada. Pantulan bayang daripada cerminan air ini sangat mengujakan untuk sesi fotografi.
Sumber : https://livelifelah.com/
3. 'SUNFLOWER GARDEN'
'Sunflower Garden' ini memiliki lebih dari 2000 bunga matahari. Lokasi yang terletak di Bagan Sungai Burung akan menjanjikan pengalaman yang sangat mesra memori 'Instagram' anda. Pemilik tempat ini juga telah sediakan 'spot' sempurna untuk bergambar. Juga terdapat ikan dan itik dan pengunjung dibenarkan memberi haiwan ternakan ini makan. Tempat ini dibuka setiap hari pada jam 8 pagi hingga 7 malam.
4. PEKAN BAGAN DATUK
Bangunan kedai lama yang telah diberi aura baru dengan warna warni cat dan lukisan grafiti ini pasti membuatkan anda teruja untuk mengambil gambar.
Sumber : https://livelifelah.com/Adakala percutian itu tidak memerlukan modal yang tinggi tetapi cukuplah kita mampu buat orang tersayang gembira dengan penghargaan masa berkualiti bersama.
Kami menyediakan rumah inap yang sangat selesa untuk keluarga besar anda.
Sila hubungi kami melalui whatsapp untuk tempahan.
📲 https://wasap.my/60122580367/homestaydteratak
📲 https://wasap.my/60103698609/homestaydteratak
Comments
Post a Comment