BAGAN DATUK @ BAGAN DATOH?

BAGAN DATUK @ BAGAN DATOH?

TAHUKAH ANDA? | Tahukah anda Bagan Datuk yang sebelum ini dikenali dengan nama Bagan Datoh adalah daerah paling barat daya di Negeri Perak? Daerah ini bersempadan dengan Sungai Perak yang memisahkan Manjung dan Perak Tengah di utara, Sungai Bernam yang memisahkan Sabak Bernam di negeri Selangor di selatan, Muallim dan Hilir Perak di timur laut.


Bagan Datuk mula diteroka sekitar tahun 1880an dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, lokasi tersebut dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru oleh Tok Kelah.



Ia kemudian ditukar kepada Bagan Datoh yang merujuk kepada penempatan orang Melayu yang dibina atas air di tebing Sungai Perak digelar sebagai bagan serta asal nama Tok Kelah atas kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu memanggil 'Tok" kepada 'Toh'. Menurut sejarah, nama Bagan Datoh pada asalnya sebelum ditukarkan ke Bagan Datuk adalah merupakan gabungan antara lokasi dan struktur kawasan penduduk Melayu di situ sendiri. 



Selain itu, masyarakat di Bagan Datuk ini meliputi beberapa pecahan etnik seperti Jawa, Banjar dan Kampar yang terdapat di Bagan Datuk mempunyai cara hidup adat serta bahasa dialek mereka tersendiri. Kawasan Daerah Bagan Datuk merupakan kawasan yang dikenali sebagai tempat penanaman kelapa dan koko telah memberikan hasil yang tinggi bagi pendapatan ekonomi setempat. (Sumber https://ptg.perak.gov.my/)


Telah berkenalan dengan BAGAN DATUK, jemputlah singgah ke HOMESTAY D'TERATAK WARISAN AYAHANDA untuk merasai suasana kampung di BAGAN DATUK

Kami menyediakan rumah inap yang sangat selesa untuk keluarga besar anda.

Sila hubungi kami melalui whatsapp untuk tempahan.

📲 https://wasap.my/60122580367/homestaydteratak

📲 https://wasap.my/60103698609/homestaydteratak


Comments

Popular posts from this blog

D'TERATAK WARISAN AYAHANDA - Salam Perkenalan dari Bagan Datuk

Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 1)