Hari Raya AidilAdha di Homestay D'Teratak Warisan Ayahanda

 

Sambutan Hari Raya Korban 2022 di D'Teratak Warisan Ayahanda 

Apabila bercakap tentang perayaan, ia cukup rapat dikaitkan dengan suasana kemeriahan sambutan di kampung halaman bersama sanak saudara.
Bermula dengan perjalanan menempuh kesesakan lalu lintas di lebuh raya, memasuki kawasan kampung, menikmati pemandangan pohon-pohon renek sehinggalah singgah digerai-gerai tepi jalan untuk membeli buah-buahan kampung dan jualan penduduk setempat. 

Adakala kemeriahan ini semakin tidak dapat dirasai sesetengah warga kota jika mereka sudah tiada lagi kampung halaman. 

Kembalikan kemeriahan berhari raya bersuasana kampung ini dengan menginap di Homestay pilihan mesra bajet anda di D'Teratak Warisan Ayahanda.

Dengan kemudahan yang lengkap yang disediakan, anda akan terasa seperti menginap di kampung halaman sendiri. Antara kemudahan yang disediakan :-

  • 4 bilik tidur dengan 3 bilik air
  • 2 katil Queen dan 2 katil Single
  • Ruang berpenghawa dingin
  • Bilik berkipas
  • Set Karaoke
  • Dapur dan alatan memasak yang lengkap


Kemeriahan kunjungan 25 ahli keluarga sempena Raya AidilAdha


Terima kasih diucapkan kepada Puan Lisa Juni atas kunjungan seramai lebih 25 orang ahli keluarga selama 4 hari 3 malam beliau ke D'Teratak Warisan Ayahanda. Semoga pengalaman bermalam di sini mampu menjadi kenangan indah dalam memori ahli keluarga beliau.

Mari kami kongsikan kemeriahan pengalaman mereka untuk tatapan pembaca sekelian.

Percutian AidilAdha menjadi kenangan manis buat ahli keluarga dan memupuk kasih sayang erat sanak saudara di D'Teratak Warisan Ayahanda


Ruang tempat kereta yang luas untuk memuatkan lebih 20 kereta

 Persediaan membuat lemang bersama cucu-cucu kesayangan

Sempat juga 'bro' ni memancing di Parit hadapan rumah

Aktiviti mandi-manda bersama sanak saudara


Suasana membakar lemang di halaman rumah di malam hari

Solat jemaah bersama-sama di ruang tamu

Ruang laman yang luas untuk aktiviti bermain anak2 dan aktiviti bersama keluarga

Bagi yang ingin merasakan suasana kemeriahan yang sama untuk sambutan hari raya mahu pun aktiviti berhimpun bersama keluarga. Homestay D' Teratak Warisan Ayahan adalah Inap Desa pilihan terbaik anda.

Apa tunggu lagi jika anda berminat? 

Segera Hubungi Puan Nor Azam di 012-258 0367  
atau Encik Aziz di 010-369 8609

atau klik sahaja link di bawah untuk whatsapp kami 

📲 https://wasap.my/60122580367/homestaydteratak

📲 https://wasap.my/60103698609/homestaydteratak


Comments

Popular posts from this blog

D'TERATAK WARISAN AYAHANDA - Salam Perkenalan dari Bagan Datuk

BAGAN DATUK @ BAGAN DATOH?

Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 1)