Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 2)
Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 2)
Trip ke Bagan Datuk | Bersambung daripada Tempat Menarik di Bagan Datuk (Part 1)
Jom kita tengok ada apa lagi tempat menarik di Bagan Datuk ni.
1. BETING BERAS BASAH
Bagi pengunjung yang meminati sejarah kesultannan Melayu, Beting Beras Basah ini harus dikunjungi.Keistimewaan lokasi ini adalah ia merupakan tempat istiadat pertabalan Raja Perak. Sultan Perak akan memulakan perjalan istiadat daripada Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah sebagai simbolik adat tempat pertama Sultan Muzaffar Shah I yang juga Sultan Perak pertama menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak.
2. RUMAH PERAK LAMA
Rumah ini telah mencapai usia lebih 100 tahun tetapi masih tersergam indah. Binaan bercirikan bumbung 5 ini pasti mampu membuatkan anda mengkagumi seni bina lama.
Terdapat juga pameran senjata warisan Melayu seperti keris, lembing, pedang, golok, parang panjang dan tombak yang menjadi hiasan dinding rumah pusaka ini selain menyimpan gong berusia 100 tahun.
3. PULAU SEMBILAN
Terdapat sembilan buah pulau yang terdapat di sekitar pulau ini iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rembia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Black Rock dan White Rock.
Pulau Rumbia dan Pulau Lalang sesuai untukmereka yang sukakan aktiviti snorkelling.
Keindahan cahaya biru pada waktu malam telah memberikan nama lain pulau ini sebagai 'The Blue Tears'. Anda pasti tidak akan dapat melupakan pengalaman menarik selepas berkunjung ke pulau ini.
3. IKAN SEGAR JETI NELAYAN BAGAN DATUK
Kami menyediakan rumah inap yang sangat selesa untuk keluarga besar anda.
Sila hubungi kami melalui whatsapp untuk tempahan.
📲 https://wasap.my/60122580367/homestaydteratak
📲 https://wasap.my/60103698609/homestaydteratak
Comments
Post a Comment