Pembuka Tirai 2022- Tetamu Pertama
Pembuka Tirai 2022- Tetamu Pertama
Pembuka Tirai 2022 | Alhamdulillah syukur. Terima kasih diucapkan buat Puan Salina dan keluarga atas kesudian beliau menjadi tetamu pertama yang mengunjungi D'Teratak Warisan Ayahanda. Keluarga Puan Salina terdiri daripada 18 orang telah menghabiskan hujung minggu mereka dengan berkunjung ke Bagan Datuk Sabtu lalu.
Aktiviti Keluarga - Memancing di Parit
Seperti yang kami war-warkan di Rumah Inap D'Teratak Warisan Ayahanda anda boleh menjalankan aktiviti memancing sekitar rumah.
Puan Salina dan keluarga bersantai sambil memancing
Aktiviti yang ringkas tetapi cukup berkualiti bila dilakukan bersama keluarga
Hasil tangkapan - Ikan Talapia, Haruan dan Puyu.
Selesai memancing boleh lah masak bersama-sama di dapur. Kelengkapan memasak yang disediakan cukup membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri. Kami juga menyediakan ruang untuk BBQ bersama keluarga.
Maklum Balas Tetamu
Alhamdulillah keluarga ini sangat berpuas hati dengan kunjungan mereka. Anda bila lagi nak mengunjungi Rumah Inap kami?
Kami menyediakan rumah inap yang sangat selesa untuk keluarga besar anda.
Sila hubungi kami melalui whatsapp untuk tempahan.
Ruang BBQ ada dimana ye puan
ReplyDeleteAda did alam rumah portable set
Delete