Posts

Showing posts from February, 2022

Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 2)

Image
    Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 2) Trip ke Bagan Datuk |  Bersambung daripada  Tempat Menarik di Bagan Datuk (Part 1)   Jom kita tengok ada apa lagi tempat menarik di Bagan Datuk ni. 1. BETING BERAS BASAH Bagi pengunjung yang meminati sejarah kesultannan Melayu, Beting Beras Basah ini harus dikunjungi. Keistimewaan lokasi ini adalah ia merupakan tempat istiadat pertabalan Raja Perak. Sultan Perak akan memulakan perjalan istiadat daripada Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah  sebagai simbolik adat tempat pertama Sultan Muzaffar Shah I yang juga Sultan Perak pertama menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak. Sumber : (http://sultan.perak.gov.my/index.php/informasi-kesultanan/sejarah/beting-beras-basah) 2. RUMAH PERAK LAMA Rumah ini telah mencapai usia lebih 100 tahun tetapi masih tersergam indah. Binaan bercirikan bumbung 5 ini pasti mampu membuatkan anda mengkagumi seni bina lama. Terdapat juga pameran senjata warisan Melayu  seper...

Pembuka Tirai 2022- Tetamu Pertama

Image
  Pembuka Tirai 2022- Tetamu Pertama Pembuka Tirai 2022 | Alhamdulillah syukur. Terima kasih diucapkan buat Puan Salina dan keluarga atas kesudian beliau menjadi tetamu pertama yang mengunjungi D'Teratak Warisan Ayahanda. Keluarga Puan Salina terdiri daripada 18 orang telah menghabiskan hujung minggu mereka dengan berkunjung ke Bagan Datuk Sabtu lalu. Aktiviti Keluarga - Memancing di Parit Seperti yang kami war-warkan di Rumah Inap D'Teratak Warisan Ayahanda anda boleh menjalankan aktiviti memancing sekitar rumah.   Puan Salina dan keluarga bersantai sambil memancing Aktiviti yang ringkas tetapi cukup berkualiti bila  dilakukan  bersama keluarga  Hasil tangkapan - Ikan Talapia, Haruan dan Puyu. Selesai memancing boleh lah  masak  bersama-sama di dapur. Kelengkapan memasak yang disediakan cukup membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri. Kami juga menyediakan ruang untuk BBQ bersama keluarga. Maklum Balas Tetamu Alhamdulillah keluarga i...

Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 1)

Image
  Tempat Menarik di Bagan Datuk (PART 1) Trip ke Bagan Datuk |  Mungkin percutian ke Bagan Datuk ini tidaklah seindah percutian ke Pulau Pinang atau Pulau Langkawi. Walaubagaimanapun tempat ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.  Jom saya cadangkan beberapa tempat yang boleh anda kunjungi semasa anda berada di daerah barat daya Negeri Perak ini. -  1. JETI BAGAN DATUK Bagi pengunjung yang sukakan suasana romantik melihat matahari terbenam, di sinilah lokasi yang perlu anda kunjungi di waktu senja.  Di samping itu, terdapat pelbagai tarikan istimewa untuk ibu-bapa yang membawa anak-anak ke tempat ini pada malam minggu seperti permainan memandu kereta dan taman permainan. Di tambah pula dengan kemeriahan suasana penyanyi jalanan. Jika perut terasa lapar di sini terdapat pelbagai jenis jualan makanan dan minuman.  Sumber : (https://www.blogaku.info/tag/bagan-datuk/) 2. 'SKY MIRROR'  BAGAN DATUK  Bukan Kuala Selangor sahaja mempunyai 'Sky Mirror' ...

BAGAN DATUK @ BAGAN DATOH?

Image
BAGAN DATUK @ BAGAN DATOH? TAHUKAH ANDA ? |  Tahukah anda Bagan Datuk yang sebelum ini dikenali dengan nama Bagan Datoh adalah daerah paling barat daya di Negeri Perak? Daerah ini bersempadan dengan Sungai Perak yang memisahkan Manjung dan Perak Tengah di utara, Sungai Bernam yang memisahkan Sabak Bernam di negeri Selangor di selatan, Muallim dan Hilir Perak di timur laut. Bagan Datuk mula diteroka sekitar tahun 1880an dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, lokasi tersebut dikenali dengan nama  Sungai Keling  dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru oleh  Tok Kelah. Ia kemudian ditukar kepada  Bagan Datoh  yang merujuk kepada penempatan orang Melayu yang dibina atas air di tebing Sungai Perak digelar sebagai bagan serta asal nama Tok Kelah atas kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu memanggil 'Tok" kepada 'Toh'. Menurut sejarah, nama Bagan Datoh pada asalnya sebelum ditukarkan ke Bagan Datuk adalah merupakan ga...

D'TERATAK WARISAN AYAHANDA - Salam Perkenalan dari Bagan Datuk

Image
  Homestay Bagan Datuk Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat. Salam perkenalan. Adakah anda mencari Homestay di sekitar Bagan Datuk ? Adakah anda mencari Homestay yang selesa dan berpatutan ? D'TERATAK WARISAN AYAHANDA adalah HOMESTAY yang anda cari. LOKASI berdekatan dengan :- -  JETI BAGAN SUNGAI BURUNG - BAGAN DATUK WATERFRONT -BETING BERAS BASAH -RUMAH TRADISIONAL PERAK -SBP BADAN DATOH -MRSM BAGAN DATOH -KOMPLEKS SUKAN -POLITEKNIK KELENGKAPAN RUMAH yang disediakan :- - 2 tingkat  - 4 bilik  - 3 bilik air -2 katil Queen - 2 katil Single - Penghawa dingin -Kipas - Flat screen TV - Dapur dan alatan untuk memasak KELEBIHAN D'TERATAK  WARISAN AYAHANDA  :- - Mempunyai ruang yang besar dan  boleh memuatkan lebih dari 2 keluarga - Mempunyai  laman yang sangat luas  sesuai untuk aktiviti keluarga besar -Boleh menjalankan aktiviti memancing  di Parit sekeliling rumah -Mempunyai PA system dan set Karaoke  untuk hiburan bersama...