Sambutan Hari Raya di Inap Desa dengan Suasana Menggamit Memori
.jpeg)
Sambutan Hari Raya di Inap Desa dengan Suasana Menggamit Memori Suasana hari raya yang meriah ditambah dengan keriuhan saudara mara yang berkumpul adalah suatu pengalaman terindah lebaran setiap tahun. Adakala pengalaman ini tidak dapat direalisasikan akibat kekangan ruang rumah yang terhad. Alternatif beraya di Inap Desa mampu menggamit suasana beraya di kampung halaman sendiri. Ruang laman yang lebih luas, saiz rumah yang lebih besar mampu memuatkan saudara mara yang lebih ramai untuk berkumpul bersama-sama. Pengalaman menginap dan beraya di D'Teratak Warisan Ayahanda ini akan menjanjikan suasana beraya beramai-ramai yang meriah disamping melakukan aktiviti memancing ikan, BBQ dimalam hari dan juga karaoke bersama keluarga. Kemeriahan bermain bunga api di halaman rumah di malam Aidilfitri pasti menambahkan kegembiraan anak-anak menyambut hari lebaran. Bagi yang ingin merasakan suasana beraya yang damai dan jauh dari hiruk pikuk bandar Homestay D' Teratak Warisan Ayahan adal...